Buku Rekod Aktiviti Hafazan Pelajar

 

Tajuk Buku:

Buku Rekod Aktiviti Hafazan Pelajar

 Penyusun:

Che Khairuleffendi Che Kamaruzaman et al.

Penerbit:

Yayasan Islam Kelantan

Tahun Terbit:

Cetakan Kedua – September 2021

Pengedar:

Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan

Sinopsis:

Rekod Aktiviti Hafazan Pelajar.

Penyusunan buku aktiviti ini bertujuan membantu meningkatkan tahap kualiti hafazan dan bacaan Al-Quran pelajar-pelajar di Maahad-maahad Tahfiz kelolaan Yayasan Islam Kelantan khususnya dan seluruh pelajar tahfiz amnya. Buku ini mengandungi sistem tahfiz berdasarkan Model Tahfiz Yayasan Islam Kelantan yang mengandungi aktiviti talaqqi dan musyafahah ayat yang akan dihafaz, tulis, hafaz, semak, tasmi’, murajaah hafazan baru dan murajaah hafazan lama.

Kesemua aktiviti dan teknik ini disusun dengan sistematik melalui aturan sukatan hafazan, jadual kelas tahfiz, target dan pencapaian hafazan, aku janji pelajar, rekod tasmi’ dan rekod murajaah.

Besarlah harapan kami agar buku ini dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah khususnya para pelajar dan penyeliaan oleh para guru tahfiz serta dibantu oleh para ibu bapa. Teguran dan komentar membina amat dialu-alukan bagi menambahbaik kandungan buku ini supaya lebih berkesan dan berkualiti.

Semoga segala usaha dan sumbangan kecil ini mendapat nilaian di sisi Allah SWT dan dikira sebagai amalan kebaikan yang berkekalan serta menjadi saham yang berguna di akhirat nanti. Insya-Allah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!