Che Khairuleffendi Che Kamaruzaman merupakan seorang guru. Pernah berkhidmat sebagai imam masjid, pengetua, penolong kanan, penyelia tahfiz dan akademik serta pegawai kurikulum (tahfiz). Kini sedang berkhidmat sebagai Atase Pendidikan Negeri di sebuah negara di Timur tengah. Beliau juga merupakan penulis blog pendidikan separuh masa di www.chekhairuleffendi.com sebagai medium beliau menulis dan berkongsi ilmu dan pengalaman peribadi tentang hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan khususnya pendidikan tahfiz integrasi.
Beliau mempunyai kelulusan peringkat Sarjana Sains (Kepengetuaan) UUM, Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam) UUM, Sarjana Muda (Usuluddin) Universiti Al-Azhar dan Diploma Tahfiz Al-Quran wal Quraat Darul Quran JAKIM. Kini sedang menyambung pengajian peringkat Doktor Pendidikan dalam bidang kepimpinan teknologi pengajaran.
Bermula dengan menulis dan berkongsi ilmu melalui penyediaan kertas kerja, LADAP dan siri kuliah dengan khalayak pada Jun 1999. Seiring dengan perkembangan dunia semasa, blog pendidikan www.cikgutahfiz.com terhasil semasa beliau menghadiri EduBlogger Meetup #2 pada 4-5 Disember 2019. Hasil bimbingan dan perkongsian ilmu beberapa blogger yang berpengalaman, maka blog ini dapat disiapkan. Kemudian bermula 21 Mei 2021 blog tersebut dijenamakan kepada www.muallimeffendi.com. Seterusnya ditambahbaik dengan menggunakan www.chekhairuleffendi.com pada 20 April 2023 bersempena 1 Syawal 1444H.
Alhamdulillah. Syukur.
Antara pencapaian dan sumbangan Che Khairuleffendi Che Kamaruzaman secara ringkas adalah ;
– Guru Cemerlang Yayasan Islam Kelantan Tahun 2010.
– Penulis buku yang bertajuk Rahsia Menghafaz Al-Quran tahun 2013.
– Naqib Pendidikan Rabbani, Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK).
– Ahli Kluster Konsep/Model Tahfiz sempena Makmal Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) tahun 2016.
Urusetia Penyediaan Buku Manual Pengurusan dan Sistem Pengajian Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (2016).
– Google for Education Certified Trainer.
– Google Certified Educator Level 2.
– Google Certified Educator Level 1.
– Pembentang Kertas Kerja yang bertajuk Peranan Institusi Tahfiz Dalam Membangun Sahsiah Pelajar : Pengalaman Maahad Tahfiz Sains. Kertas kerja yang dibentangkan di Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-12 Tahun 2013 bertempat di Hotel Prinzpark, Kuala Terengganu pada 8 November 2013.
– Pembentang Kertas Kerja yang bertajuk Peranan Institusi Tahfiz Dalam Membina Generasi Rabbani: Pengalaman Yayasan Islam Kelantan. Kertas kerja yang dibentangkan di International Conference on Islamic Education 2018 bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu pada 4-6 November 2018.
– Timbalan Pengarah 1 (Pengurusan dan Pentadbiran) Pertubuhan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Negeri Kelantan.
– Pengarah Bahagian Kurikulum Tahfiz, Pertubuhan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Malaysia.
– Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Furqan, Tanah Merah, Kelantan.
Beliau boleh dihubungi melalui ;
Facebook : https://www.facebook.com/chekhairuleffendi