Nota Tahfiz 1 : Rahsia Menghafaz Kitabullah

Prakata & Isi Kandungan

 

 الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ , وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ .

Firman Allah SWT dalam surah Fathir, ayat 17 ;

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan daripada perkara yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan secara terang, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan binasa, agar Tuhan menyempurnakan kepada mereka ganjaran-ganjaran mereka dan menambah lagi kepada mereka dari kelebihannya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mensyukuri. 

Firman Allah Taala dalam surah Al-Qamar, ayat 17 ;

Maksudnya:  Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Daripada Ali bin Abu Talib RA katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;

مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ , وَتَلَاهُ وَحَفِظَهُ , أَدْخَلَهُ اللهُ الْجَنَّةَ , وَشَفَّعَهُ فِى عَشَرَةِ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ , كُلُّ قَدْ وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ.

Maksudnya ; Sesiapa yang membaca Al-Quran, menurut ajarannya dan menghafaznya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi kuasa mensyafaat sepuluh keluarganya yang sudah tentu masuk neraka.

Berdasarkan kepada firman Allah Taala dan juga sabda baginda Rasulullah SAW di atas, jelas menunjukkan seruan dan galakan kepada kita selaku umat Islam supaya membaca, mengamalkan isi kandungan apalagi menghafaznya.

Namun, apabila disebut perkataan menghafaz Al-Quran, ramai yang merasa seram, takut dan hairan, bagaimana Al-Quran yang mengandungi 30 juzu’ itu boleh dihafaz, sedangkan hendak menghafaz surah Yasin sahaja pun susah, inikan pula seluruh Al-Quran.

Mungkin perasaan dan jawapan seperti ini lahir daripada orang yang belum pernah terlibat secara langsung dalam menghafaz Al-Quran, tetapi bagi orang yang pernah mengalaminya, dan telah berjaya menghafaz seluruh Al-Quran mungkin dapat merasai satu keajaiban yang tidak dirasai oleh orang lain yang tidak menghafaz Al-Quran.

Justeru menyedari hakikat inilah, Nota Tahfiz 1 : Rahsia Menghafaz Kitabullah ini dipersembahkan kepada para pembaca sekalian. Nota Tahfiz ini mengandungi mutiara-mutiara ilmu yang dipetik daripada beberapa buah kitab, kertas kerja, kajian ilmiah dan sumber-sumber lain sebagaimana yang akan dinyatakan. Selain itu, sebahagian daripada bahan-bahan rujukan tersebut telah diterjemah atau diolah dan dipersembahkan dalam bentuk yang lebih mudah difahami dan dipraktikkan.

Para pembaca sekalian, tidak semestinya penyusun Nota Tahfiz ini merupakan orang yang terbaik. Justeru dengan rendah hati, memohon maaf atas sebarang kesilapan dan amat mengalu-alukan sebarang teguran dan kritikan yang membina terhadap isi kandungan dan juga cara penyampaiannya melalui email (muallimeffendi21@gmail.com), agar dapat diperbaiki dan dipertingkatkan lagi demi untuk manfaat dan kepentingan bersama.

Kepada Allah Azza Wa Jalla dipohonkan agar usaha ini diberkati oleh-Nya dan diharapkan agar Nota Tahfiz ini dapat membantu menyelesaikan sebahagian permasalahan khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan menghafaz Al-Quran.

Insya Allah.

Sekian. Salam hormat dari saya,

Al-Faqir Ila Allah

CHE KHAIRULEFFENDI CHE KAMARUZAMAN (muallimeffendi.com)

ISI KANDUNGAN
NOTA TAHFIZ 1 : RAHSIA MENGHAFAZ KITABULLAH

(Sila klik pada tajuk untuk bacaan lanjut)

Nota Tahfiz 1.1 : Pengenalan Al-Quran

Nota Tahfiz 1.2 : Nama-nama Indah Al-Quran

Nota Tahfiz 1.3 : Inspirasi Rasulullah SAW Mengenai Al-Quran

Nota Tahfiz 1.4 : Al-Quran Dari Kacamata Ahli Al-Quran

Nota Tahfiz 1.5 : Jom Didik Hati Dengan Al-Quran

Nota Tahfiz 1.6 : Maksud Menghafaz Al-Quran

Nota Tahfiz 1.7 : Kelebihan Menghafaz Al-Quran

Nota Tahfiz 1.8 : Maksud Menghafaz Al-Quran

Nota Tahfiz 1.9 : 4 Faktor Utama Menghafaz Al-Quran

Nota Tahfiz 1.10 : 3 Faktor Asas Menghafaz Al-Quran

Nota Tahfiz 1.11 : Adab Menghafaz Al-Quran

Nota Tahfiz 1.12 : Faktor Yang Mempengaruhi Hafazan

Nota Tahfiz 1.13 : Teknik Menghafaz Al-Quran

Nota Tahfiz 1.14 : Kepentingan Menjaga Al-Quran

Nota Tahfiz 1.15 : Asas Dalam Memelihara dan Mengekalkan Hafazan

Nota Tahfiz 1.16 : Teknik Memelihara dan Mengekalkan Hafazan

Nota Tahfiz 1.17 : Himpunan Doa Terpilih

#notatahfiz#tahfizplus