Nota Tahfiz 1.7 : Kelebihan Menghafaz Al-Quran

Banyak hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan seseorang itu menghafaz Al-Quran. Antaranya ialah sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam Ibnu al-Jazari ;

فِيهِ وَقَولُهُ عَلَيهِ يُسْمَعُ وَهُوَ فِي الأُخْرَى شَافِعٌ مُشَفَّعٌ
تَوَّجَهُ تَاجَ الكَرَامَةِ كَذَا يُعْطَى بِهِ المُلْكَ مَعَ الخُلْدِ إِذَا
وَأَبَوَاهُ مِنْهُ يُكْسَيَانِ يَقْرَا وَيَرْقَى دَرَجَ الجِنَانِ

 

Dalam bait syair di atas, al-Imam Ibnu al-Jazari telah menjelaskan sebahagian daripada hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan kelebihan Huffazul Quran. Antaranya ialah ;

Daripada Ali bin Abi Talib r.a., sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda ;

مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَاسْتَظْهَرَهُ , فَأَحَلَّ حَلَالَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ , أَدْخَلَهُ اللهُ بِهِ الْجَنَّةَ وَشَفَّعَهُ فِي عَشْرَةِ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ .

Maksudnya:  Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafaznya serta menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Al-Quran (mengamalkannya) dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran (meninggalkannya) nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima syafaatnya bagi sepuluh orang dari ahli keluarganya yang kesemuanya telah diwajibkan masuk neraka.

Daripada Abu Umamah al-Bahily r.a., sesungguhnya nabi SAW telah bersabda ;

اقْرَأُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya:  Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya.

Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a., sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda ;

يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اِقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِى الدُّنْيَا , فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرُ آيَةٌ تَقْرَؤُهَا

Maksudnya: Dikatakan kepada ahli Al-Quran, bacalah serta naiklah, dan tartilkanlah sebagaimana kamu tartilkan di dunia. Maka sesungguhnya tempat duduk kamu (darjat) di akhir ayat yang kamu baca. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda ;

مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَعَمِلَ بِمَا فِيهِ أُلْبَسَ وَالِدُهُ تَاجًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ضَوْءُهُ أَحْسَنُ مِنْ ضَوْءِ الشَّمْسِ فِي بُيُوتِ الدُّنْيَا لَوْ كَانَتْ فِيكُمْ , فَمَا ظَنُّكُمْ بِالَّذِي عَمِلَ بِهَذَا .

Maksudnya:  Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan perkara yang ada padanya (kandungannya), nescaya Allah memakaikan kepada kedua ibubapanya mahkota di hari kiamat, cahayanya lebih elok daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Maka apakah anggapan kamu terhadap orang yang beramal dengan ini (Al-Quran).

 

#notatahfiz#tahfizplus