Nota Tahfiz 1.5 : Jom Didik Hati Dengan Al-Quran

Al-Quran menjadikan hati khusyuk apabila mendengar dan membacanya.

Firman Allah Taala ;

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Ra’du : 28)

Al-Quran melembutkan hati orang yang beriman.

Firman Allah Taala ;

لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (٢١)

Maksudnya:  sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), contoh-contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Al-Hasyr : 21)

Al-Quran menyembuh segala penyakit.

Firman Allah Taala ;

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا (٨٢)

Maksudnya: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran aya-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa’ : 82)

Daripada ayat-ayat tersebut memperlihatkan bahawa Al-Quran merupakan mukjizat maknawi yang menjadi petunjuk kepada umat Islam untuk dipatuhi, ditaati dan dilaksanakan dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya Al-Quran itu menjadi perlembagaan hidup kepada orang-orang mukmin. Al-Quran menjadi ubat dan penawar daripada kesesatan hidup kepada orang beriman. Rugilah mereka yang mengingkarinya dan binasalah mereka yang tidak beramal dengannya.

Sabda Rasulullah SAW ;

مَنْ لَمْ يَسْتَشْفِ بِالْقُرْآنَ لَا شِفَاءَ لَهُ

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak dapat mengubati penyakitnya dengan Al-Quran, Allah tidak akan menyembuhkan penyakitnya.

Oleh yang demikian, alangkah indah dan tenangnya hidup kita apabila dapat membiasakan diri kita membaca Al-Quran sepanjang masa. Sekiranya kita tidak berkemampuan membaca sebagaimana sepatutnya maka boleh dengan cara membaca sekadar kemampuan atau mendengar orang lain membaca kerana pahala juga dapat kepada mereka yang mendengarnya. Kita juga boleh mendengar audio Syeikh Imam Masjidil Haram atau Masjid Nabawi sambil memandu ke tempat kerja atau ketika pulang ke rumah. Apa yang penting ialah kita hendaklah melazimi diri dengan Al-Quran.

Firman Allah Taala yang bermasud ;

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu”.

Surah Al-Fajr: Ayat 27-30.

 

 

#notatahfiz#tahfizplus