Tanggungjawab Al-Qurra’
Saidina Umar al-Khattab RA telah berkata ;
يا مَعْشَرَ الْقُرَّاءِ : اِرْفَعُوْا رُؤُوْسَكُمْ , فَقَدْ وُضِحَ لَكُمْ الطَّرِيْقَ , فَاسْتَبِقُوْا الْخَيْرَاتِ , لَا تَكُوْنُوْا عِيَالًا عَلَى النَّاسِ
Maksudnya: Wahai ahli al-qurra’ sekalian : Tegakkanlah kepalamu, maka sesungguhnya telah nyata bagi kamu jalan, maka bersegeralah berbuat kebaikan, janganlah kamu sekalian menjadi golongan yang wajib diberi nafkah oleh manusia. (Riwayat at-Tirmizi)
Kami Sukar Hafaz Mudah Amal
Abdullah bin Mas’ud RA telah berkata ;
إنَّا صَعُبَ عَلَيْنَا حِفْظِ أَلْفَاظِ الْقُرْآنِ وَسَهَلَ عَلَيْنَا الْعَمَلُ بِهِ , وَإِنَّ بَعْدَنَا يَسْهَلُ عَلَيْهِمْ حِفْظِ الْقُرْآنِ , وَيَصْعُبُ عَلَيْهِمْ الْعَمَلُ بِهِ
Maksudnya: Sesungguhnya sukar bagi kami menghafaz lafaz-lafaz Al-Quran tetapi mudah bagi kami untuk mengamalkan isi kandungannya. Dan generasi selepas daripada kami pula senang ke atas mereka menghafaz Al-Quran, tetapi payah untuk melaksanakan tuntutannya.
Hati Tidak Puas Baca Al-Quran
Saidina Uthman bin Affan RA dan Huzaifah bin al-Yaman RA telah berkata ;
لَوْ طَهَرَت القُلُوبَ لمَ تَشْبَعْ مِنْ قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ
Maksudnya: Sekiranya bersih sesebuah hati itu, maka ia tidak merasa puas untuk membaca Al-Quran.
Rujukan :
- Solah Abdul Fatah al-Khalidi (Dr). (2002). Mafatih Lit-Ta’amul Ma’a Al-Quran. Damsyiq, Syria : Darul Qalam.