Nota Tahfiz 1.3 : Inspirasi Rasulullah SAW Mengenai Al-Quran

Antara inspirasi Rasulullah SAW kepada kita mengenai kelebihan membaca Al-Quran ialah ;

Menjadi Insan Terbaik

Rasulullah SAW telah bersabda ;

خَيرُكُم مَن تَعَلَّمَ القُرآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. (Riwayat Al-Bukhari)

Al-Quran Sebagai Pensyafaat

Rasulullah SAW bersabda ;

إِقرَأُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya.(Riwayat Muslim)

‘Ibarat Rumah Yang Runtuh’

Rasulullah SAW telah bersabda ;

إنَّ الَّذِي لَيْسَ فِي جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ الْقُرْآنِ كَالْبَيْتِ الْخَرِبِ ..

Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang tiada di hatinya sesuatupun dari Al-Quran, seolah-olah seperti rumah yang runtuh. (Riwayat Al-Tirmidzi)

Kelebihan Yang Boleh Dicemburui

Sabda Rasulullah SAW ;

لَا حَسَدَ إِلَّا فِى اثْنَتَيْنِ : رَجُلٌ آتَاهُ اللهُ الْقُرْآنَ , فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ , وَرَجُلٌ آتَاهُ اللهُ مَالًا , فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ

Maksudnya: Tidak ada irihati kecuali pada dua perkara : Lelaki yang diberi Allah Al-Quran, lalu ia membacanya sepanjang malam dan siang, dan lelaki yang diberi Allah harta, lalu ia membelanjakannya sepanjang malam dan siang. (Muttafaqun ‘Alaih)

Pahala Membaca Berlipat Kali Ganda

Sabda Rasulullah SAW ;

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِن كِتَابِ اللهِ فَلَهُ حَسَنَةً , وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ : الم حَرْفٌ , وَلَكِنَّ : أَلِف حَرْفٌ , وَلَام حَرْفٌ , وَمِيم حَرْفٌ

Maksudnya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan digandakan dengan sepuluh kali ganda, aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf dan Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Riwayat at-Tirmidzi)

Diangkat Darjat & Kedudukan

Sabda Rasulullah SAW ;

يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اِقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِى الدُّنْيَا , فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرُ آيَةٌ تَقْرَؤُهَا

Maksudnya: Dikatakan kepada ahli Al-Quran, bacalah serta naiklah, dan tartilkanlah sebagaimana kamu tartilkan di dunia. Maka sesungguhnya tempat duduk kamu (darjat) di akhir ayat yang kamu baca. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Bersama Para Malaikat

Sabda Rasulullah SAW ;

الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ , وَالَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

Maksudnya: Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir dengannya adalah dia bersama-sama utusan (penulis-penulis) yang terdiri daripada malaikat yang mulia dan patuh, dan orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia gagap (susah) dan sukar, maka baginya dua pahala. (Muttafaqun ‘Alaih)

Rujukan :

  1. Solah Abdul Fatah al-Khalidi (Dr). (2002). Mafatih Lit-Ta’amul Ma’a Al-Quran. Damsyiq, Syria : Darul Qalam.
  2. Imam an-Nawawi. (t.t.). Riyadhus Shalihin Min Kalam Sayyidil al-Mursalin. Kaherah : Markaz al-Kitab Lil-Nasyr.
#notatahfiz#tahfizplus