Tajuk Buku:
Buku Rekod Pengesahan Tamat Juzuk
Penyusun:
Che Khairuleffendi Che Kamaruzaman et al.
Penerbit:
Yayasan Islam Kelantan
Tahun Terbit:
Cetakan Kedua – September 2021
Pengedar:
Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan
Sinopsis:
Buku Rekod Pengesahan Tamat Juzuk
Penyusunan buku ini bertujuan membantu meningkatkan tahap kualiti hafazan dan bacaan Al-Quran pelajar-pelajar di Maahad-maahad Tahfiz kelolaan Yayasan Islam Kelantan khususnya dan seluruh pelajar tahfiz amnya.
Buku ini dihasilkan berdasarkan Model Tahfiz Yayasan Islam Kelantan yang mengandungi rekod dan pengesahan pentaksiran hafazan termasuk murajaah tamat hafazan, semakan bahan bantu tahfiz seperti mushaf Al-Quran, buku tulisan ayat, buku rekod aktiviti hafazan dan ujian penilaian hafazan serta pengesahan tamat juzuk. Setiap pelajar perlu melalui ujian pindah juzuk sebelum mula menghafaz juzuk yang seterusnya.
Besarlah harapan kami agar buku ini dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah khususnya para pelajar dan penyeliaan oleh para guru tahfiz serta dibantu oleh para ibu bapa. Teguran dan komentar membina amat dialu-alukan bagi menambahbaik kandungan buku ini supaya lebih berkesan dan berkualiti.
Semoga segala usaha dan sumbangan kecil ini mendapat nilaian di sisi Allah SWT dan dikira sebagai amalan kebaikan yang berkekalan serta menjadi saham yang berguna di akhirat nanti. Insya-Allah.