Tajuk Buku:
Buku Modul Tahsin Bacaan Al-Quran
Penyusun:
Che Khairuleffendi Che Kamaruzaman et al.
Penerbit:
Yayasan Islam Kelantan
Tahun Terbit:
Cetakan Pertama – 2021
Pengedar:
Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan
Sinopsis:
Penyusunan buku modul ini bertujuan membantu meningkatkan tahap kualiti bacaan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz kelolaan Yayasan Islam Kelantan khususnya dan seluruh pelajar tahfiz amnya. Selain mempelajari ilmu-ilmu tajwid secara teori, pelaksanaan secara praktikal (amali) perlu diaplikasikan bagi melihat keberhasilan dan menilai penguasaan dalam kalangan pelajar.
Buku ini mengandungi 12 modul utama pelaksanaan Kelas Tahsin Al-Quran. Setiap guru tahfiz perlu memberikan bimbingan pembelajaran setiap modul tersebut dalam masa yang telah ditetapkan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”. (Riwayat Al-Bukhari)