Buku Model Tahfiz Tadabbur MSTG YIK

 

Tajuk Buku:

Buku Model Tahfiz Tadabbur MSTG Yayasan Islam Kelantan

 Penyusun:

Che Khairuleffendi Che Kamaruzaman et al.

Penerbit:

Yayasan Islam Kelantan

Tahun Terbit:

Cetakan Pertama – September 2021

Pengedar:

Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan

Sinopsis:

Penyusunan buku aktiviti ini bertujuan membantu meningkatkan tahap kualiti hafazan dan bacaan Al-Quran pelajar-pelajar Maahad Sains Tok Guru kelolaan Yayasan Islam Kelantan khususnya dan seluruh pelajar tahfiz amnya. Buku ini mengandungi sistem atau model tahfiz tadabbur yang terdiri daripada talaqqi dan tadabbur ayat yang akan dihafaz, tulis, hafaz, semak, tasmi’, murajaah hafazan baru dan murajaah hafazan lama. Ia diikuti dengan ujian pindah juzuk dan program pemantapan hafazan Al-Quran.

Kesemua aktiviti dan teknik ini disusun dengan sistematik melalui aturan sukatan hafazan, jadual kelas tahfiz, target dan pencapaian hafazan, aku janji pelajar, rekod tasmi’ dan rekod murajaah.

Besarlah harapan kami agar buku ini dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah khususnya para pelajar dan penyeliaan oleh para guru tahfiz. Teguran dan komentar membina amat dialu-alukan bagi menambahbaik kandungan buku ini supaya lebih berkesan dan berkualiti.

Semoga segala usaha dan sumbangan kecil ini mendapat nilaian di sisi Allah SWT dan dikira sebagai amalan kebaikan yang berkekalan serta menjadi saham yang berguna di akhirat nanti. Insya-Allah.

#MaahadSainsTokGuru#tahfizpluspengurusanpendidikan