Belajar Kerana Fardhu

Minggu ini adalah minggu kedua peperiksaan syafawi dan diikuti peperiksaan bertulis bagi mahasiswa-mahasiswi Al-Azhar Al-Syarif, Mesir.
Tenangkan hati dan fikiran semasa menjawab peperiksaan. Lakukan persediaan mental, emosi dan fizikal lebih awal sebelum hari peperiksaan.
Ingatlah, peperiksaan hanyalah sebahagian kecil daripada proses pendidikan yang panjang. Paling penting adalah ilmu yang dipelajari menjadikan kita manusia yang beradab; adab dengan Allāh Subḥānahu wa Ta‘ālā dan adab sesama makhlukNya.
Belajar kerana fardhu. Dengan belajar, kita akan memperoleh ilmu dan dapat mengenali Allah SWT dengan lebih dekat.
Belajar kerana fardhu. Penuntut ilmu akan didoakan oleh semua makhluk. Sungguh beruntung mereka yang sentiasa menuntut ilmu sehingga ke liang lahad.
Belajar kerana fardhu. Hanya ilmu yang bermanfaat yang akan menjadi bekalan ke Akhirat kelak.
Bittaufiq wannajah.

 

#BelajarKeranaFardu#HatiYangTenangAkanMenang#JomNajahBersama