Nak Hati Tenang, Bacalah Al-Quran!
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menukilkan dalam majalah Detik Islam yang bertarikh 10 Ogos 2012 berkenaan dengan pengaruh bacaan al-Quran pada saraf, otak dan organ tubuh lain antara lain menyatakan: “Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingatan dan memberi ketenangan kepada seseorang kecuali membaca al-Quran.”
Dr. Al-Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran, seorang muslim, baik mereka yang berbahasa arab atau bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.
Penurunan tekanan, kesedihan , memperoleh ketenangan jiwa merungkai pelbagai macam penyakit merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek kajiannya. Penemuan kajian ini dilihat tidak menentu.
Penelitiannya disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil kajiannya, beliau telah membuat kesimpulan, bahawa bacaan al-Quran berpengaruh besar sehingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuh penyakit.
Kajian Dr. Al-Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.
Kesimpulan hasil kajian tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Sasaran kajiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 orang lelaki dan 2 orang wanita. Kelima orang tersebut sama sekali tidak mahir berbahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkan adalah al-Quran.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu membaca al-Quran dengan tertil dan membacakan bahasa arab yang bukan dari al-Quran.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sehingga 65% ketika mendengarkan bacaan al-quran dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari al-Quran.
Al-Quran juga memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati sewaktu Seminar Kauseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut penyelidikan yang dijalankan, bayi yang berusia 48 jam yang diperdengarkan ayat-ayat al-Quran dari perakam suara menunjukkan respon tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagian dan merupakan nikmat yang besar. Kita mempunyai al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.
Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan al-Quran jauh lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan al-Quran mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).
Benarlah firman Allah S.A.W:
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Maksudnya : “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat”. (Surah al-A’raf : 204)