Kunjungan Mahabbah Atase Negara Brunei Darussalam

KUNJUNGAN HORMAT DAN KUNJUNGAN MAHABBAH ATASE PELAJARAN DAN KEBUDAYAAN, KEDUTAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE REPUBLIK ARAB MESIR
Alhamdulillah.
Pada 8 April 2025, Pejabat Atase Pendidikan Negeri Kelantan telah menerima kunjungan penuh bermakna daripada YBrs. Tuan Haji Mohd Sujairi bin Haji Dollah, Atase Pelajaran dan Kebudayaan Kedutaan Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Tuan Haji Shahwardy bin Haji Hamdan, Pegawai Kesejahteraan Lelaki dan Puan Sabarienawati binti Haji Mohd Salleh, Pegawai Kesejahteraan Perempuan.

Dalam pertemuan ini, kami berbincang dan berkongsi pandangan serta pengalaman dalam pelbagai isu penting termasuk pengurusan dan penyelenggaraan bangunan/wisma, kebajikan pelajar, urusan di kuliah dan kecemerlangan akademik.

Momen seperti ini benar-benar menyerlahkan betapa eratnya hubungan silaturahim antara kita, bukan sekadar di peringkat negeri, malah merentasi sempadan negara.

Semoga kerjasama seumpama ini akan terus diperkukuh demi masa depan pendidikan Islam yang lebih gemilang!
Doakan agar segala perbincangan dan ikhtiar kita hari ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk semua. Aamiin. ![🤲]()
